Pengalaman Saya Menginap Di Hotel Putra Iskandar

Hotel Putra Iskandar

hotel putra iskandar

Saya ingin kongsikan pengalaman saya ketika bermalam di Hotel Putra Iskandar semasa menghadiri Seminar Pecutan Bisnes,anjuran produksi EdyMart yang telah diadakan pada hari Sabtu,12 November 2011 baru-baru ini.

Pengenalan Ringkas Hotel Putra Iskandar

Hotel ini adalah satu-satunya hotel yang terdapat di Bandar Seri Iskandar dan ianya telah dirasmikan pada 15 Januari 2011 lalu oleh Menteri Besar Perak,Dato Seri Dr Haji Zambry Haji Abdul Kadir.Hotel Putra Iskandar juga menjadi tumpuan dan pilihan terutamanya bagi pelajar-pelajar Universiti Teknologi Petronas,UiTM Perak dan orang ramai untuk menginap dan bermalam di sana.Hotel ini diuruskan oleh Dayatama Hotels And Resorts Management Sendirian Berhad.

Berdekatan dengan hotel ini,terdapat beberapa kedai yang menjual pelbagai jenis produk dan perkhidmatan seperti lobi,kedai makan,menjual alatan tulis dan sebagainya.Bank yang berdekatan dengan Hotel Putra Iskandar adalah Bank Simpanan Nasional.

Namun,apa yang saya lihat,masih terdapat banyak lot kedai yang belum dibuka lagi dan ianya masih belum sepenuhnya dibangunkan untuk menjadi tarikan pengunjung luar dan dalam negara.

klik gambar ini untuk zoomkan lokasi hotel berkenaan

Bagaimana Hendak Ke Hotel Putra Iskandar?

Untuk makluman anda,saya menggunakan perkhidmatan bas ekspress dan juga teksi untuk pergi ke hotel ini.Bagi perkhidmatan bas ekspress,saya memilih bas perantara Sani Express untuk bertolak dari Sungai Petani,Kedah ke Ipoh dengan tempoh perjalanan memakan masa hampir 4 jam dan tiba di Stesen Bas Medan Gopeng,Ipoh.Untuk makluman anda,jika anda hendak menuju Ipoh,kebanyakkan bas ekspress akan berhenti di sini seperti mana yang diberitahu oleh staf kaunter tiket bas di sana.

Kemudian,untuk menuju ke hotel berkenaan,saya perlu dapatkan perkhidmatan teksi kerana saya diberitahu untuk mendapatkan akses bas setempat memakan masa yang sangat lama.Jadi,saya tiada pilihan selain menggunakan teksi dan saya sendiri terkejut apabila diberitahu bahawa kos menggunakan teksi adalah RM60 bagi setiap penumpang dan perjalanan.Kos berkenaan adalah tetap seperti mana yang diberitahu oleh pemandu teksi berkenaan.Perjalanan daripada Stesen Bas Medan Gopeng,Ipoh ke Hotel Putra Iskandar adalah sekitar 45 minit.

Seperti mana untuk pergi,saya juga menggunakan bas dan teksi untuk kembali ke hometown saya di Sungai Petani,Kedah.Jika anda ingin dapatkan perkhidmatan teksi daripada Hotel Putra Iskandar ke Stesen Bas Medan Gopeng,Ipoh,saya sarankan anda menghubungi Encik Daud,017-5055079 dan kos yang dikenakan adalah RM50.Saya sendiri menggunakan khidmat beliau ketika menuju ke Stesen Bas berkenaan untuk kembali ke hometown saya semalam.

Bagi jenis bilik,saya menginap di Standard Room dan dikenakan kos sebanyak RM110 termasuk deposit bagi tempoh satu malam.

Kelebihan Hotel Putra Iskandar

1.Ia dimiliki oleh TIGA orang adik-beradik yang merupakan ahli perniagaan Bumiputera yang berjaya disana.

2.Ianya berdekatan dengan kedai makan,kedai runcit dan surau serta Bank Simpanan Nasional.

3.Kemudahan yang disediakan dalam bilik hotel adalah bagus,selesa dan menyenangkan ramai pengunjung.

4.Mempunyai kemudahan lot-lot parking yang banyak untuk pengunjung berkereta dan sebagainya.

5.Dewan hotel yang disediakan adalah selesa dan baik serta sesuai untuk adakan seminar atau mini seminar oleh pihak penganjur program.

6.Ada petunjuk arah kiblat dan sejadah disediakan untuk pengunjung beragama Islam bagi memudahkan menunaikan ibadah solat.

7.Azan boleh didengar jelas dalam bilik ketika saya bermalam di sana.

8.Sarapan pagi disediakan oleh pihak Hotel Putra Iskandar bermula jam 7 sehingga 9 pagi.

Kekurangan Hotel Putra Iskandar

1.Ia memiliki bilangan bilik yang terhad dan saya sarankan anda hendaklah buat tempahan awal supaya dapat elakkan masalah bilik penuh terjadi.

2.Tiada Maybank atau CIMB berdekatan dengan hotel berkenaan.

3.Tiada akses untuk menuju ke Stesen Bas Medan Gopeng melainkan dengan teksi sahaja.

4.Coverage talian internet yang hanya terhad dalam hotel ini sahaja kerana ketika saya bersarapan pagi di Dewan Kafe bersebelahan hotel,salah seorang rakan saya dalam seminar berkenaan tidak dapat akses internet pada gajet teknologinya.

5.Menu sarapan pagi tidak banyak pilihan dan variasi.Ianya terhad dan mungkin anda tidak berpuas hati apabila bersarapan di sana.

6.Tiada Facebook Page rasmi bagi Hotel Putra Iskandar dan juga laman rasmi yang telah tamat tempoh sewaan domain dan hosting.

7.Lokasi Hotel Putra Iskandar yang agak terpencil dan jauh daripada tumpuan para pengunjung dan jauh daripada Stesen Bas Medan Gopeng,Ipoh.

Tip-Tip Perjalanan Dan Penginapan Di Hotel Putra Iskandar

1.Disarankan anda membawa bajet kewangan secukupnya untuk kesana terutama sekali jika anda menggunakan bas ekspress dan teksi.

2.Pastikan anda telahpun buat tempahan awal untuk menginap bilik hotel berkenaan.

3.Pastikan anda menyimpan nombor telefon Hotel Putra Iskandar dan Encik Daud dalam contact list telefon bimbit anda.

4.Pastikan anda tidak bangun lewat untuk mendapatkan sarapan pagi yang disediakan oleh pihak Hotel Putra Iskandar.

5.Jika anda menggunakan bas ekspress,saya sarankan anda bertolak pada sebelah pagi bagi mengelakkan masalah trafik dan terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan khidmat teksi kerana saya diberitahu bilangan teksi di sekitar kawasan berkenaan terhad.

6.Saya sarankan anda apabila tiba di Stesen Bas Medan Gopeng,Ipoh supaya terus dapatkan tiket bas untuk perjalanan pulang ke hometown untuk elakkan masalah bilangan seat dalam bas penuh dan sold out.

7.Ketika anda sedang membuat tempahan bilik,pastikan anda bertanyakan kepada staf hotel berkenaan supaya tidak buat tempahan pada bilik bernombor 103 kerana anda terpaksa meminta mereka untuk bukakan pintu bilik nombor berkenaan.Saya sendiri telah mengalami kerana menginap dalam bilik berkenaan.

8.Untuk tempahan bilik,mereka meminta deposit sebanyak RM20 dan akan dipulangkan kepada anda ketika anda telah checkout nanti di sana.

Nota:Secara peribadi,saya tidak akan datang lagi untuk menginap di Hotel Putra Iskandar kerana terpaksa menggunakan teksi yang begitu mahal kosnya dan tiada akses berhampiran dengan Stesen Bas Medan Gopeng,Ipoh.Selain itu,kos bilik hotel bagi seorang adalah RM90 dan saya berpendapat ianya terlalu mahal kerana kebanyakkan bilik hotel bajet bagi seorang adalah antara RM50 sehingga RM70 sahaja.

Hotel Putra Iskandar

Share and Enjoy

2 Responses to “Pengalaman Saya Menginap Di Hotel Putra Iskandar”

Read below or add a comment...

  1. Nas Wan says:

    Skrg dah ada bas dari aman jaya.. terus ke seri iskandar. Dan dah banyak hotel bajet ygvlebih murah dan selesa..

  2. Nas Wan says:

    Skrg dah ada bas dari aman jaya.. terus ke seri iskandar. Dan dah banyak hotel bajet ygvlebih murah dan selesa..

Komen