[Percuma] Reviu Majalah Niaga Edisi 19 Featuring Jutawan Hartanah Dr Shah Razali

Majalah Niaga

majalah niaga

Majalah Niaga kini kembali dengan edisi terbarunya dan kali ini menampilkan kisah menarik daripada Dr Shah Razali,Jutawan Hartanah!

Siapa Sebenarnya Dr Shah Razali?

Beliau lebih dikenali sebagai DSR dan nama beliau tidak asing lagi dalam industri pelaburan hartanah tempatan.Beliau merupakan usahawan aktif dalam bidang pelaburan khususnya pelaburan hartanah.
Selain itu,beliau juga adalah pengasas Shah Consultancy,sebuah syarikat yang menawarkan bimbingan kepada para peserta mengenai bidang kewangan,keusahawanan,motivasi dan pelaburan dengan harga yang berpatutan.
Jika anda berminat mengenai kursus/seminar/bengkel mengenai pelaburan hartanah,anda boleh hubungi Shah Consultancy menerusi:
Facebook Fan Page: SconFan
Twitter: SconMy

Laman Blog: DrShahRazaliDotCom
Nombor Telefon: 03-80633980

Rumusan daripada Temubual Eksklusif Majalah Niaga bersama Dr Shah Razali adalah:
1.Apabila melakukan aktiviti perniagaan,kita memerlukan bukan sahaja ilmu pengetahuan dan kemahiran malah speed(kepantasan) juga sangat penting.
2.Pelaburan hartanah adalah pelaburan yang terbaik berbanding dengan pelaburan dalam bentuk logam,forex dan sebagainya kerana ianya dapat dilihat secara jelas dan memperoleh sejumlah wang bulanan secara tetap.
3.TIGA elemen penting sebelum menceburi bidang pelaburan hartanah adalah financial standing(kedudukan kewangan),pengetahuan dalam sistem perbankan dan strategi-strategi dalam pelaburan hartanah.
4.Tempoh masa yang diperlukan untuk menjadi pelabur hartanah yang profesional adalah selama LIMA tahun berdasarkan pengalaman beliau.
5.Perlu cekal,tabah,tidak berputus asa dan kreatif apabila menjalankan pelaburan hartanah.
6.Harga pasaran pelaburan hartanah tidak akan turun sama sekali, hanya harga jual akan turun.
7.Hanya DUA jenis pelaburan yang ada sehingga akhir zaman iaitu pelaburan hartanah dan pelaburan logam(dinar dan dirham)
8.Dalam mengembangkan perniagaan,kita perlu mempunyai pasukan dan rakan perniagaan yang profesional dan berkredibiliti tinggi.

Topik-topik menarik yang dimuatkan dalam edisi terbaru ini adalah:
1.Minda Jutawan Trump Sebagai Usahawan oleh Saudara Nazri Kadir
2.Tiang Kewangan Simpanan oleh Saudara Hafiszi Othman
3.Bisnes Dan Nikmat Bersyukur oleh Saudari Azzah AR
4.Buat Duit Pandai,Urus Duit Bagaimana? oleh Dr Shah Razali
5.Steve Jobs Lagenda Atau Auta? oleh Saudara Aqif Azizan
6.Kepentingan Cap Dagangan Dalam Bisnes – LIMA Fungsi Cap Dagangan oleh Saudara Azizi Zulkefli
7.LIMA Jenis Papan Tanda Yang Memikat Tetamu oleh Saudara Hazlam Anuar
8.Strategi Bonus Di Ebay oleh Saudara Eruwan Gerry
9.Didik Anak oleh Saudara Hasbul Ariff
10.Strategi Pemasaran Jenama Besar Memanipulasi Pembeli oleh Saudara Mazlan Mohamad
11.Bahagian 1 – Bagaimana Menghasilkan Publisiti Percuma Di Media oleh Saudara Mohd Aliff Mohd Noor
12.TUJUH Soalan Popular Mengenai Jual Beli Emas oleh Saudara Pakdi
13.Resepi Kejayaan Blog Niat Dan Ilmu Untuk Berkongsi oleh Saudara Hasbul Aqill
14.Pelaburan Hartanah Doa Yang Berdosa oleh Saudari Rohaniah Noor

Secara peribadi,saya dapati edisi terbaru yang setebal 45 halaman ini semakin mantap dan menarik dengan penambahan artikel-artikel yang menumpukan tips dan panduan serta perkongsian ilmu yang baru dan fresh.Buat pertama kalinya,Penasihat Majalah Niaga,Saudara Hasbul Ariffmenyumbangkan artikel perdana beliau iaitu Didik Anak.Syabas dan tahniah saya ucapkan untuk team produksi Majalah Niaga!

Jom muat turun Majalah Niaga Edisi 19 ini pada pautan di bawah:

Muat Turun Majalah Niaga Edisi 19+Audio Temubual Bersama Dr Shah Razali(30MB)

Kredit Info dan Gambar: MajalahNiaga

Majalah Niaga

Share and Enjoy

Komen